Daging

Resipi Daging Masam Manis Abah Mentuaku

Teks & Foto: Hifzaila Hafni


Daging masam manis ini menu kegemaran keluarga suami. Chefnya abah mentua, setiap kali Hari Raya selalunya jadi antara hidangan utama. 

Cara nak masak mudah sahaja dan bahan pun tak banyak sangat, cuma nak kena pandai balance rasanya. Resipi yang abah kongsi, abah tak bagi sukatan. Hanya bahan yang perlu dan cara masak sahaja. Jadi, kena trial and error sampai dapat rasa dia dan bam! Sedap. Hehe

Teringin nak makan semalam, maka saya dan suami pun siapkanlah bahan-bahan. Mengikut resipi yang abah pernah kongsi sebelum ini, saya memang dah simpan kemas-kemas di Evernote. Copy dari Whatsapp. Tak adalah nak tanya abah setiap kali nak masak.

Dan hasilnya semalam, alhamdulillah hampirrrrr sama dah dengan masakan abah, kata suami, cuma ada sikit rasa pahit. Tapi as a result, kira berjaya jugaklah!

Ini saya kongsikan resipinya, sebagai rujukan saya sendiri untuk masa depan dan kepada sesiapa yang ingin mencuba. 

Masa majlis kahwin saya dulu, ada menu ini sebagai salah satu hidangan utama. Kawan dan abang saya memang sukalah masakan daging ni. Itu yang saya usahakan juga cuba masak sampai jadi macam abah buat. Ramai peminat ni.

Ini resipinya.

Daging Masam Manis

Bahan-bahan:

300 gm daging dihiris

Bawang besar 1 labu sederhana besar

Bawang putih 3 ulas 

Cili kering 1 genggam/cili giling 2-3 sudu besar

Halia 1 cm

Lengkuas 2 cm

Serai 3-4 batang

Kicap lemak manis 1/4 cawan

Kicap pekat 1 1/2 sudu besar

Tomato puri 1 tin kecil

Garam dan gula, kalau perlu
Cara masak:

– Kisar bawang besar, bawang putih, cili giling, halia, lengkuas dan serai

– Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga garing

– Masukkan daging, kacau rata dan hingga daging agak kecut

– Masukkan tomato puri, kicap manis, kicap pekat

– Gaul supaya warnanya sekata. Kalau tak cukup gelap, tambah kicap pekat sedikit saja lagi

– Masak hingga daging empuk dan kuah pekat

– Rasa masam masin manisnya. Kalau dah cukup, tak perlu tambah garam gula dah. Cuma abah pesan, biar manis sedikit baru sedap.

– Mahu sedikit berkuah, atau nampak terlalu kering, masukkan sedikit air. Dah mendidih, tutup api. Sedia dihidang.
Nota:

Kalau terlebih masam (terlebih tomato puri), tambah sedikit gula untuk balance rasa masam tu.

Biasanya tak perlu tambah garam sebab kicap dah masin, gula pun tak perlu sebab guna kicap manis. Ikut selera.

Hati-hati dengan kicap pekat, tak perlu banyak. Kita hanya mahu warnanya hitam pekat berkilat seadanya saja.

Sedap dimakan dengan nasi panas, roti, ketupat, lemang atau nasi impit. Weeeeeee!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s