77 Resipi Istimewa Pressure Cooker Chef Hanieliza

Pressure cooker atau periuk tekanan ni, sekarang kalau ada bajet lebih, bagus sangat ada satu di dapur. Kerja masak jadi senang, hasilnya pun memuaskan hati tambah-tambah lagi kalau nak masak makanan yang ambik masa lama untuk empuk. Contohnya daging, kaki ayam, kambing, paru lembu.

Pressure cooker zaman sekarang, masak nasi, dodol, apa-apa dessert pun boleh dah. Kek, aneka mi… bukan sup atau makanan berkuah je. Pelbagai guna pressure cooker ni. Boleh rujuk info di bawah ni.

Boleh masak dengan high pressure, low pressure, steam, warm/reheat, stir-fry, slow cook atau delay timer. Ikut kesesuaian makanan yang kita nak masak.

Dalam buku 77 Resipi Istimewa Pressure Cooker, Chef Hanieliza guna pressure cooker Noxxa. Tapi, nak guna brand apa pun boleh. Sesuaikan kaedah memasak dengan brand periuk masing-masing, pada asasnya sama saja.

Panduan yang sangat bagus untuk memaksimumkan penggunaan pressure cooker yang kita ada. Kendalikan dengan hati-hati.

Ayam bakar lada hitam versi pressure cooker. Juicy dan nampak sedap. Boleh rujuk bahan, cara membuat dan gambar langkah demi langkah dalam buku ni.

Kalau kita biasa buat ayam masak lemak, boleh cuba versi berempah ni pula.

Menu raya ni. Kan senang guna pressure cooker kalau nak masak rendang raya. Tinggal je dalam periuk, cukup time dah masak. Jimat gas dan tenaga. Ini rendang ayam versi berempah. Pedas berapi penuh rasa, sedap ni cicah lemang, ketupat, nasi impit.

Sesuai sangat masak ayam pencen guna pressure cooker. Ayam lebih cepat lembut dan empuk, tapi tak mudah hancur. Tambah rebung pulak, uhh sedapnyaa!

Buku bestseller ni. Yang ada pressure cooker elok ada satu untuk rujukan. Senang nak masak macam-macam menu.

Ada resipi ayam, bubur, daging, ikan, makanan laut, makanan barat, nasi, pulut, kuetiau, laksa, mi, bihun, sayur, kek dan kuih-muih. Pelbagai menu boleh dicuba.

Kalau nak guna untuk travel pun boleh. Bawa satu periuk saja dah boleh masak macam-macam.

Nak beli buku bestselling 77 Resipi Istimewa Pressure Cooker oleh Chef Hanieliza, TEKAN LINK DI BAWAH:

>> PESAN DI SINI <<

>> PESAN DI SINI <<

>> PESAN DI SINI <<

Leave a comment