Nasi Lemak Wan Jo, Kampung Baru

Teks & Foto: Hifzaila Hafni

Tumpuan nasi lemak sedap di Kampung Baru, boleh cuba di Wan Jo.

Bertempat di Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, KL; walaupun hanya nasi lemak ringkas tetap terasa keenakannya.

Nasi lemak panas dengan sambal manis kurang pedas, ikan bilis goreng garing, timun. Boleh tambah sendiri lauk tambahan: telur rebus, telur mata, sambal sotong, ayam goreng, rendang ayam, bergedil, tempe goreng, hati ayam goreng, ayam masak merah.

Biarpun ramai yang beratur namun servis yang pantas membuatkan pelanggan tak perlu menunggu lama. Yang mahu bungkus dan makan di kedai beratur dalam barisan yang berasingan.

Meja makan juga banyak disediakan termasuklah ruang di sebelah kedai. Pekerja, Crew Wan Jo juga ramai membantu melancarkan order dan melayan pelanggan.

Untuk kanak-kanak, diberikan minuman Vitagen percuma. Di depan kedai ada dijual soft ice cream perisa vanila dan coklat. Mesra kanak-kanak!

Turut dijual kuih-muih. Sambal nasi lemak dan bilis garing dalam bekas juga ada dijual.

Teringin nak rasa, boleh ke:

Nasi Lemak Wan Jo Kg Baru

Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, Kuala Lumpur