Resipi Spagheti dengan Kuah Putih/Carbonara 

Teks & Foto: Hifzaila Hafni

Spageti dengan sos putih (carbonara).

Tiga hari lepas, jemu makan nasi waktu tengah hari, saja ubah selera makan spageti. Anak-anak pun makan nasi slow aje, tukarlah menu pasta.

Kuah putih tu saya cuba buat sendiri. Dah lama teringin nak buat tapi asyik tak kesampaian. Kali ini, nak juga cuba sebab setahu saya resipinya taklah sukar pun. Tapi sebab dah ada pilihan sedia ada di luar, menyebabkan kita malas nak buat yang homemade.

Saya pun google resipi di Facebook. Terjumpa link ke blog, rupanya dikongsi oleh guru blog saya, Zaila Mohamad

Resipinya nampak mudah dan ringkas. Tapi saya sesuaikan dengan bahan yang saya ada. Jadi saya modify daripada resipi asal beliau.

Rasanya? Sedaplah juga. Hehe. Bolehlah buat makan sekeluarga. Puas hati.

Kalau nak cuba buat sos putih pasta sendiri, ini versi saya.

SPAGETI DENGAN SOS PUTIH (SPAGHETTI WITH WHITE SAUCE/CARBONARA PASTA)

Bahan:

1 peket spageti – direbus dan ditos, digaul dengan marjerin supaya tak melekat

1 kotak susu segar penuh krim

1 tin straw mushroom – cincang kasar

2 ulas bawang putih – cincang kasar

1 senduk isi ayam – didadu

6 keping keju cheddar – dicarik

1 sudu besar tepung jagung

1/2 sudu teh herba Itali
Cara Masak:

1. Cairkan marjerin/mentega atau gunakan minyak zaitun dalam periuk.

2. Tumiskan bawang putih hingga wangi. Masukkan isi ayam. Goreng sekejap.

3. Masukkan susu. Kecilkan api, biar mereneh. Kacau-kacaukan supaya sebati.

4. Masukkan straw mushroom.

5. Masukkan keju cheddar. Kacau hingga semua keju cair.

6. Masukkan tepung jagung. Kacau dan biar kuah memekat. Masukkan herba Itali.

7. Sedia dihidang. Kalau suka, boleh masukkan pasta terus ke dalam sos dan gaulkan. Atau tuang sos ke atas pasta.

Nota: Sos putih versi saya ini, agak kaya berkrim kerana guna susu penuh krim. Hehe. Dan sukatan 1 kotak susu agak banyak sebenarnya. Kalau tak tambah tepung jagung, rasa macam sup krim cendawan. Jadi 2 dalam 1 lah resipi ni. Jimatkan? Hahahah

Cuba tau!

Leave a comment